5 Tips Penting Cara Jaga Laptop

1) Pastikan laptop cukup sejuk


Laptop menghasilkan banyak haba terutamanya jika anda menggnakan software atau games terkini. Jika terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard laptop anda.

Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran udara keluar dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada.

Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar seperti kami untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk apabila :
1)      Laptop anda terasa panas di bahagian kipas atau di permukaan keyboard touchpad.
2)      Sangat digalakkan setiap 6 bulan mesti sekali servis .

Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas dibiarkan terlalu lama laptop anda pasti habuk akan terperangkap di kipas processor.

Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop yang terlalu panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard,chipset  dan processor laptop

Percayalah, jika anda mengamalkan step ini, anda tidak akan tergolong daripada orang yang terpaksa menanggung kos beratus ratus ringgit menukar motherboard seperti kebanyakan pelanggan kami!