Terdapat banyak pilihan apabila anda cuba mematikan PC/laptop anda antaranya boleh shutdown, restart ,sleep dan hibernate.Apa pilihan yang betul sebenarnya?
Shut Down
Proses ini akan mematikan PC/laptop anda sepenuhnya dan selamat untuk unplug power
Restart
Proses ini akan mematikan dan hidup kembali PC/laptop anda
Sleep
Proses ini menggunakan power yang sangat sedikit, Bila dihidupkan balik ia akan buka lebih cepat, dan anda dengan serta-merta kembali ke tempat kerja yang anda tinggalkan. Anda tidak perlu bimbang akan kehilangan kerja anda jika bateri laptop hampir habis, kerana Windows secara automatik menyelamatkan semua kerja-kerja anda dan mematikan laptop jika bateri terlalu rendah. Cara ini sesuai digunakan jika anda ingin berehat atau tidak sempat simpan hasil kerja anda
Hibernate
Pilihan ini direka bentuk untuk laptop dan mungkin tidak terdapat untuk semua PC. (Sebagai contoh, PC dengan InstantGo tidak mempunyai pilihan hibernate.) Hibernate menggunakan power lagi kurang daripada sleep mode dan apabila anda hidupkan PC lagi, anda kembali ke tempat anda berhenti cuma tidak secepat sleep mode.
Gunakan hibernate apabila anda tidak akan menggunakan laptop anda dalam tempoh yang lama dan ingin sambung kerja. Boleh cuba periksa dahulu untuk melihat sama ada pilihan ini tersedia pada PC anda