PC/laptop mesti selalu diselenggara supaya boleh berfungsi pada tahap yang optimum. Setiap OS seperti windows ada sediakan beberapa ‘tool system maintenance’ yang mudah digunakan dan dikira perlu dilakukan dengan agak kerap.Antaranya ialah
Disk Cleanup
Kenapa perlu Disk Cleanup? – Membuang fail sejarah penggunaan internet (temporary internet
files)
– Membersihkan ‘Recycle Bin’
– Membuang fail-fail/komponen dalam Windows yang tidak
diperlukan
– Membuang semua komponen-komponen yang sudah install tapi tidak digunakan langsung
Bagaimana caranya melakukan Disk Cleanup?
1️⃣.Klik pada Start > ‘All Programs’.
2️⃣.Teruskan ke Accessories > ‘System Tools’ > ‘Disk Cleanup’.
3️⃣.Pilih bahagian yang ingin dilakukan Disk Cleanup (C: atau D:, juga boleh untuk external hard disk) dan klik ‘OK’. Melakukan Disk Cleanup akan menyebabkan PC menjadi semakin
laju dari biasa kerana fail-fail yang tidak diperlukan telah
dibersihkan. Digalakkan lakukan dalam seminggu sekali.