Kamera tak berfungsi semasa Online Meeting? Jom Cuba tips ni
Dalam dunia Post-Pandemik sekarang ni (Selepas Pandemik) Laptop menjadi teman setia kita untuk berhubung atau bekerja. Sudah seakan menjadi keperluan untuk kita. Kadang kadang masalah hardware pada komputer atau laptop menggangu setiap urusan maya kita betul tak? Dah nak meeting dah siap siap tiba tiba ON laptop kamera tak berfungsi. Stress juga dibuatnya. Masalah kamera tidak berfungsi ni amat kerap berlaku sekali dikalangan kita yang buat meeting online. Jadi harini saya nak sharekan macam mana cara korang nak activate kan semula kamera ni. Simple je caranya.
Bagaimana Cara nak Hidupkan Semula Kamera Pada Windows 10
OK, untuk hidupkan atau aktifkan semula webcam, korang boleh tekan simbol logo Windows+S pada button papan kekunci korang. Kemudian akan keluar Search Bar di bahagian kiri skrin korang, korang boleh taip “camera” pada search bar tersebut dan pilih tekan.
Kamera akan terus start beberapa saat selepas itu
Kadang kala, aplikasi pihak ketiga (third party apps) memerlukan kebenaran korang untuk bermula. Jadi kalau korang tak beri kebenaran atau ‘permission’ apabila ditanya, kamera laptop korang tidak akan berfungsi. Salah satu aplikasi pihak ketiga ialah Zoom. Jadi, untuk melihat samada dah beri kebenaran kepada aplikasi Zoom ni korang boleh ke Aplikasi Zoom tersebut, kemudian pergi ke Settings > Privacy, dan pilih Camera di bahagian kiri
Kemudian, pergi ke bahagian bawah, korang boleh pilih untuk beri kebenaran atau tidak kepada apps Zoom ni. Nasihat saya, semasa menggunakan aplikasi Zoom boleh beri kebenaran, apabila sudah habis menggunakannya, korang boleh OFF kan atau tarik semula kebenaran tersebut. Ini adalah untuk menjaga privasi korang, sebab potensi kamera kita untuk digodam di-Hack adalah tinggi jika kita sentiasa berpaut pada sambungan internet. Contoh tangkap layar adalah seperti di bawah
Selepas korang ON kan kebenaran. Korang boleh ke aplikasi Zoom semula untuk melihat samada kamera sudah berfungsi.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, korang boleh share artikel ni sekiranya ia bermanfaat.
Oh ya, memandangkan laptop merupakan satu keperluan untuk kita sentiasa berhubung, bekerja dan berniaga secara maya. Saya nak bantu korang memilih laptop untuk segala keperluan digital korang. Korang boleh click DISINI untuk chat dengan saya ok.