Jika laptop terkena air hujan atau banjir, jangan sesekali mencuba untuk menghidupkan laptop bagi memastikan ianya masih berfungsi atau tidak. Apabila anda lakukan itu semasa laptop masih dalam keadaan basah, ia akan membuat laptop bakal mengalami kerosakan litar.
marz computer
Oleh itu, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan memisahkan bateri daripada laptop anda agar tiada aliran elektrik.Anda juga perlu mencabut semua peranti yang bersambung pada laptop anda seperti mouse speaker dan lain lain peranti.
Selain itu, gunakan kain yang lembut atau vakuum dengan penyedut yang kecil untuk menyedut air terutama pada lubang power jack, usb dan port port lain. Terbalikkan laptop anda dengan keadaan keyboard berada di bawah serta letakkan kain yang tebal atau tuala yang dapat menyerap air dengan efektif dan cepat di bawah laptop anda.
Jika air sudah mengalir keluar dari laptop anda, buka komponen pada laptop anda agar air mudah untuk mengalir keluar terutamanya keyboard. Ia juga dapat memudahkan anda untuk mengeringkan air tersebut.
Gunakan cottonbud atau kain yang lembut untuk mengeringkan kawasan yang agak sukar seperti motherboard. Jangan lap dengan terlalu ganas atau kasar agar tidak berlaku kerosakkan yang tidak diinginkan. Dalam keadaan laptop yang terbuka, keringkan laptop dengan cara lap atau kipaskan supaya membantu untuk mengeringkan bahagian bahagian laptop dengan cepat. Jangan gunakan hair dryer kerana ia dapat mengeluarkan wap wap yang akan cepat merebak pada bahagian bahagian laptop seperti screen anda. Ingat, laptop sensitif pada panas! Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak yang pakar seperti anda menghantarkan laptop ke kedai pembaiki laptop yang berhampiran dengan rumah anda.
Join group telegram kami untuk lebih banyak tips dan promosi https://t.me/+VY_QhbaLWgEwNGI1
Atau anda boleh hantarkan pada kami. Hubungi kami di sini https://marzcomputer.com.my/contact-us/ atau wasap kami di sini wasap – 0115-78564640