Pernah tak ada je selalu rasa korang hadapi masalah laptop slow? bila ON tu nak tunggu sampai screen dia sampai ke desktop tu punya lah lama. Siap boleh sempat pergi mandi,minum makan dulu.Pulak tu bila dah habis loading logo windows nak masuk ke desktop, nak click aplikasi tu dia boleh hang pulak situ. Kita tengok kat mouse cursor asik loading jer..sampai tak tau apa yang di-loadingnyer padahal tak bukak apa-apa pun lagi.So harini saya nak bantu korang macam mana korang boleh tingkatkan kelajuan laptop tu secara percuma je dengan step mudah. Salah satu cara ialah kosongkan atau kurangkan penggunaan RAM. Jadi korang boleh teruskan bacaan untuk mengetahui caranya 

Apa RAM sebenarnya?

Sebelum kita mulakan proses “clear’ kan RAM, saya nak explain sikit apa maksud RAM ni. RAM secara Bahasa Inggerisnya ialah Random Access Memory  iaitu peranti elektronik yang menyimpan data atau program ketika kita menggunakan PC atau Laptop. Dan bila kita OFF kan laptop atau PC, data tu akan hilang. beza dengan Hard Drive ni pula kekal secara selagi kita tak buang data.RAM ni lagi besar GB lagi bagus, tapi tujuan utama dia bukan nak lajukan PC/ laptop korang. Fungsi utama dia boleh bantu korang buka banyak aplikasi pada satu2 masa. Contohnya, korang suka main internet dan dengar lagu sambil buat kerja aplikasi editing dalam masa yang sama. Jadi RAM ni membolehkan korang buka beberapa aplikasi pada satu satu masa. Tapi masalah nya, aplikasi yang kita buka biasanya datang dengan saiz,  jdi saiz ini lah yang ‘makan’ storage RAM korang. lagi banyak aplikasi korang bukak lagi banyak dia akan ‘makan’ dan bila sudah sampai lebih dari maximum jadi hang lah laptop/PC kita.

So harini, kita nak belajar macam mana cara nak buang aplikasi yang tak perlu dari ‘makan’ RAM kita. Supaya kerja kita tak terganggu. SO ada beberapa cara yang korang boleh follow. Antaranya:

1. ‘Restart’ semula PC atau Laptop

Ini cara yang paling biasa kita buat. Pada kebanyakkan situasi, restart semula laptop atau PC merupakan cara paling mudah dan hampir kebanyakkan masalah dapat diselesaikan. Proses restart PC atau laptop ni memboleh kan RAM sudah stop berfungsi dan dapat dikosongkan semula. Dengan cara ini, RAM korang tidak digunakan secara maksimum, tetapi ia akan membersihkan apa-apa proses yang berlaku secara belakang tabir yang mengakibatkan laptop slow

2. Periksa Penggunaan RAM Dengan Aplikasi Windows

Korang sebenarnya tak perlu mengagak apps software apa yang gunakan banyak storan RAM. Ada aplikasi Windows yang membolehkan korang tengok aplikasi apa yang ‘makan’ saiz RAM korang. Untuk cek, tekan Ctrl + Shift + Delete pada keyboard korang dan akan keluar Task Manager. Kemudian, klik pada More details untuk melihat process yang ada jika guna windows 10.Kemudian, klik pada tab Processes . Di bahagian sinilah, korang boleh nampak aplikasi aplikasi software/games apa yang sedang running secara ‘background’ walaupun korang tak buka.Ini sebab ada aplikasi yang di install tak perlu dibuka tetapi buka secara automatic bila laptop/pc mula bukak. Untuk buang/stop running aplikasi tersebut dari korang klik pilih aplikasi dan tekan butang ‘End Task‘ di bahagian bawah. Dengan cara ini ia akan mengurangkan penggunaan RAM korang, tapi ingat! pastikan korang disable aplikasi yang korang tahu sebab ada kemungkinan aplikasi-aplikasi itu dari windows sendiri.

3. Buang atau ‘disable’ Aplikasi Software yang tidak digunakan

Aplikasi yang tidak digunakan akan tetap beroperasi secara ‘background’ walaupun korang tak gunakan. Ini salah satu sebab kenapa laptop korang jadi hang kerana kekurangan storan RAM. Jadi, korang boleh buang atau ‘disable’ software atau aplikasi ini. caranya ialah:

Dekat ikut step 2 diatas tadi tekan dekat tab Startup Di bahagian sinilah, korang boleh nampak aplikasi aplikasi software/games apa yang sedang running sekarang secara automatik dekat ‘background’ apabila kita baru ON laptop/PC dan selepas baru masuk dekstop walaupun korang tak buka langsung.

Untuk halang dari aplikasi ini daripada running, klik pilih aplikasi dan tekan butang ‘Disable‘ jika status sedang enable di bahagian bawah. Dengan cara ini ia sangat menjimatkan dan mengurangkan penggunaan RAM.
Cara ini hanya untuk halang aplikasi running shj dan bukan buang aplikasi tapi ingat! pastikan korang disable aplikasi yang korang tahu.

Atau lagi satu cara boleh pergi ke Settings > Apps > Apps & features dan klik Uninstall di bahagian aplikasi yang korang nak remove/disable kan tadi. Korang di bahagian yang betul jika nampak screen shot seperti di bawah

4. Kemaskini aplikasi

Korang di sarankan supaya selalu update aplikasi yang terdapat pada laptop korang. Salah satu sebab nya ialah ia dapat meningkat kan keselamatan atau privasi.Selain itu juga, aplikasi yang up-to-date juga meningkatkan prestasi dan mengurangkan penggunaan RAM. Jadi apabila ada apa-apa aplikasi yang pop-up kata perlu update,Tekan update sahaja yang penting aplikasi itu yang korang kenal sahaja.Abaikan jika ada lain yang keluar

5. Adjust Penggunaan Virtual Memori Pada Windows

Kalau korang selalu dapat message “Your System is Low On Virtual Memory” dari Windows, jangan bimbang, korang boleh upgrade kan virtual memori ni supaya kerja korang lebih lancar.
Follow step ni pergi ke bahagian Settings > System > About. Di bahagian kanan Menu, korang klik ke Advance system setting di mana ia akan membuka paparan baru. Kalau paparan baharu tidak keluar, korang boleh besarkan paparan Setting untuk melihat pilihan menu yang lain. Di bahagian Advance.  klik pada bahagian button Setting di bawah menu Perfomance. Selepas itu, paparan baru akan muncul; lagi sekali pergi ke bahagian Advance dan klik Change di bahagian Virtual Memory.

Jadi kat sini korang boleh nampak bahagian hard disk korang, kebiasaanya kalau korang tick pada Automatically manage paging file size for all drives , Windows akan manage storage untuk korang, tapi kita buat manual dengan masukkan sendiri jumlah saiz yang kita mahukan. korang boleh click bahagian Customs Size dan masukkan saiz yang korang rasa sesuai dan tekan OK

So selepas korang cuba beberapa cara di atas, secara normal nya, PC atau laptop korang akan ada sedikit perubahan dari slow ke laju. Tapi, ingat, kaedah di atas hanya lah sementara sahaja.
Tapi solution yang paling mudah adalah korang upgrade sahaja RAM yang saiz lagi besar jika dah cukup bajet supaya kerja-kerja korang tak tergendala. Jika inginkan bantuan atau ada sebarang pertanyaan korang boleh klik DISINI supaya Team MicroTech boleh bantu korang.