Hard disk merupakan komponen yang sangat penting untuk laptop dan juga komputer kita kerana ia adalah tempat kita menyimpan dan juga membaca data. Komponen komputer dan laptop kebiasaannya hanya diperbuat daripada elektronik. Tetapi hard disk ini merupakan gabungan elektronik dan juga mekanikal, jadi hard disk lebih mudah rosak berbanding komponen lain.

Kenapa hard disk boleh rosak?

  1. Kerap sleep atau hibernate.

    Sleep untuk jangka masa yang pendek seperti satu jam dan kebawah, tiada masalah, tetapi kalau nak biarkan lama-lama lebih baik shutdown.

  2. Laptop jatuh atau terlanggar ketika sedang digunakan.

    Hard disk mempunyai komponen mekanikal, dan ia amat sensitif terhadap gegaran, impak dan sebagainya.

  3. Suhu yang terlalu tinggi pada laptop.

    Suhu yang tinggi pada laptop mampu merosakkan komponen-komponen laptop, termasuk hard disk. Disarankan untuk pengguna laptop dan juga komputer untuk servis secara berkala agar suhu laptop kekal rendah.

  4. Power failure ketika membaca atau menyimpan data.

    Jejari mekanikal pada hard disk akan bergerak ketika proses read and write, dan apabila power terhenti, jejari mekanikal itu boleh merosakkan platter hard disk (tepat tersimpannya data pada hard disk).

 

Tanda-tanda hard disk yang rosak.

  1. Bunyi bising pada hard disk.
  2. Data-data hilang ataupun rosak.
  3. Lambat untuk masuk ke Windows.
  4. Hang ketika melakukan sesuatu pada laptop.
  5. Ambil masa yang lama untuk membuka fail yang kecil.
  6. Percentage yang rendah pada Hard Disk Sentinel.